...


Sunday, October 9, 2011

P.A.N.G.K.O.R

lma x blogger...
actually aq ada exam, so mmg x ar nk update blog nie...
exam mmg da jd trauma aq sejak dr kecik lg..
so mmg klu exam aq akan study lar... tambah2 klu dapat soalan spot...
2 minggu aq exam... time da nk abes tue member ajak g kuar...
so dowg wat plan nk g 
PULAU PANGKOR

aq abes ari jumaat pagi, jumaat petang aq trus kuar overnight...
lepak LUMUT ar mlm tue...

pg2 kmi amek bot g island...
 smpi jew sna kmi sewa motor utk bg senang nk jalan2... 
hehehe... check this out...


kmi naek motor share2... so ada lar yg kna carry penumpang...


nie lar partner aq atas moto... hak2,... sempat wat peace lagi tue...


smpi jew kat sna kmmi selesaikan dlu motif kami... iaitu MANDI...
slaen tue ada lar aktiviti tanam2..




 yg nie kat TOKONG FU LIN KONG,...



 nie ha muka2 tunggu boat.. hahaha...


i have a great vacation with them!!!
THANKZ YAW....

cuti mmg me'release'kan tension belajar...

~chaw~

Tuesday, September 27, 2011

KUKU PANJANG ITU BERDOSA


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodohatau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

surat ADAM buat HAWA...

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……


SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

    Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
    Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
    Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulahhijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai auratseorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!




Hawa....
    Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
    Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
    Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
    Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....



Firman Allah swt:

    “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
    Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............
    “DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

Wednesday, September 14, 2011

C.I.N.T.A M.U.S.N.A.H





Disebabkan sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes cubaan untuk melakukan satu kerja yang gila semata-mata kerana menghadapi masalah putus cinta, Aq mengambil peluang ini untuk menerangkan cara yang terbaik anda boleh lakukan untuk mengatasi situasi ini. Adalah sesuatu yang tidak berbaloi sekiranya anda mengambil jalan singkat ataupun mencederakan diri sendiri semata-mata kerana perkara ini. Tuntutan agama juga amat melarang anda melakukan sedemikian. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk anda menghadapi putus cinta?
(1) Dapatkan seseorang- Anda perlu ingat bahawa bukan seorang sahaja yang wujud didalam kehidupan anda. Setiap manusia mempunyai kumpulan atau komuniti yang tersendiri. Dekatkan diri anda bersama mereka, ini adalah untuk mengelakkan daripada anda mengingati kenangan silam. Seorang yang sedang putus cinta juga biasa berada didalam keadaan yang tidak stabil dan cuba elakkan daripada duduk berseorangan.
(2) Buang atau sorokkan sesuatu yang boleh membuatkan anda mengingati mereka kembali- Pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa elemen objek atau tempat mampu mempengaruhi seseorang untuk mengingati kembali kenangan mereka. Sekiranya anda sedang menghadapi masalah putus cinta, sebaiknya cuba elakkan daripada terus menyimpan barangan atau pergi ke tempat yang berkaitan dengan bekas pasangan.
(3) Jangan terus melayan perasaan- Ini adalah kesalahan yang paling sering dilakukan oleh seseorang yang sedang putus cinta. Suatu kesedihan harus dilawan walaupun ia amat sukar. Sekiranya anda membiarkan diri anda terus dipengaruhi dengan perasaan sedih, risiko untuk anda melakukan sesuatu kerja yang tidak masuk akal adalah amat tinggi. Sebagai contoh, ketika anda sedih, tidak perlu anda mendengar lagu-lagu sedih untuk terus melayan perasaan anda.
(4) Dekatkan diri dengan agama- Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa mereka. Ia juga dapat membantu anda untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Tetapi bukan anda perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali anda bernafas.
(5) Buka buku kehidupan yang baru- Anda juga perlu memandang sekiranya anda putus cinta dari sudut yang positif. Ini adalah merupakan peluang terbaik untuk anda menumpukan seratus peratus hanya pada diri anda sahaja. Cuba capai matlamat yang mungkin sebelum ini masih tidak tercapai atau cuba lakukan matlamat yang baru. Putus cinta bukan bermakna penghujung untuk kehidupan anda.

~ "find your friend to you" ~

Friday, September 9, 2011

U.I.T.M D.A.N A.Q.U.E

HURMM...
bwu nk relax2 da nk exam plak..
rsa cepat btul time tnggal kat U nie... 
kalau dlu nk rsa seminngu pown rsa mcm setahun...
tp skang dokk 3 bulan mcm sehari jew...

rsa mcm bwu semalam jew daftar jew kat snie,...
nk wat mcmna dok snie enjoy jew...

nie ha gambar aq time MALAM DRAMA BEL 120...
gambar ngan group aq lew...



yg nie bwu abes klas STUDIO...


yg nie bwu abes klas AUTOCAD...


time bulan posa nie aq x lupa gak nk b'buka ngan kawan2...


heheheh...

hurmm... lagi 2 19/9 nie start aq peksa ar... pastu 1/10 nie start cuti sem ar...
hehehe... so aq nk planned ronda ar...


~ d-___-b ~

Saturday, September 3, 2011

wanita lihat nie...


Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.
1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.
2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.
3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya

pa dax2 kolah akan bwat tyme2 cikgu x masuk kelas...
















hehehhehe...